Tuesday, April 9, 2013

Gusti Putri Hang Tuah





“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” – Hang Tuah


“Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” – Gusti Putri


“Masih kecil berbanding cinta dinda!” – Hang Tuah


“Tapi kanda ke mari juga” – Gusti Putri


“Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga” – Hang Tuah


“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” – Hang Tuah


“Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” – Puteri Gunung Ledang


“Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi” ~ Hang Tuah



“Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang..Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama” – Hang Tuah


“Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran…Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu..Bunga berkembang..bumi luas aku seorang…


“Kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar”

(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)



“Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga” ~ Dato’ Bendahara



“Bumi di Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa” ~ Sultan Melaka

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia


Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM) merupakan salah satu persatuan seni Silat Gayong di Malaysia.
PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah. Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.
Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.

Sepantun Berkasih

dari Belanda naik bahtera
saudara berempat gagah berani
harap kanda sihat sejahtera
agar selalu dapat bersua disini

duduk di beranda waktu pagi
gurau senda gubah melati
tentu dinda kemari lagi
kerana kanda penghibur hati

masak lokan bersama lada
elok dihidang diatas meja
datang ku bukan membelah dada
tapi datang menumpang manja

ayam berlada dicampur kari
bubuh lada pedas berganda
andai kanda sampai kemari
tinggalkanlah tanda untuk dinda

gurau senda bersama-sama
elok bersenda berlapang dada
gembira kanda tujuan utama
bahagia kanda harapan dinda

tiada terkira bijak pendita
berbau harum mandian bunga
hati bahagia tiada terkata
daku tersenyum sampai ke telinga

turutkan hati pergi jelajah
hampir binasa belum berpunya
lega hati terpandang wajah
kupinta masa berhenti detiknya

duduk bersila lalu bertanya
berlapang dada baru pulang
bertuahnya bila sudah berpunya
itu tandanya ada yang sayang

seguni duku dibahagi lapan
orang sebelah tersenyum sopan
betul ke daku diberi harapan
alamat bahagialah masa depan

pandan dimayang tumpah di perdu
bawa paku simpan di perahu
siapa disayang siapa dirindu
kau dan aku jua yang tahu

ambil madu belikan baulu
hari selasa di rumah penghulu
orang dirindu disebut selalu
terasa masa lambat berlalu

beli madu letak di perahu
untuk raya pulang ke Maluku
orang dirindu mungkin tahu
biarlah ia rahsia hatiku